Kecoh bas ekspres mewah ada ruangan merokok

1966

Baru-baru ini tular apabila sebuah bas ekspres mewah di pasaran tempatan menyediakan ruangan merokok. 

Difahamkan bas tersebut memulakan operasi 4 Mac lalu dan ruangan khas itu menjadi perdebatan dalam kalangan netizen. 



Perkongsian tentang bas berkenaan turut dikongsi oleh akaun Facebook Public Health Malaysia yang menjelaskan situasi itu melanggar peraturan PPKHT 2004 yang mana mewartakan kenderaan awam sebagai tempat larangan merokok.

Pihak Public Health Malaysia juga meminta penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia berhubung isu tersebut.

Ini kerana undang-undang sedia ada tidak membenarkan pengguna menghisap rokok di mana-mana kereta api atau premis kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan.

Jika didapati melanggar peraturan tersebut, pengguna boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here