Utama Berita Automotif Berita Global Kapal Atlanta yang tenggelam 130 tahun lalu, ditemui masih dalam keadaan baik

Kapal Atlanta yang tenggelam 130 tahun lalu, ditemui masih dalam keadaan baik

1329
Kapal Atlanta yang digunakan untuk mengangkut penumpang dan mengangkut barang, akhirnya ditemui di dasar Tasik Superior selepas tenggelam semasa ribut pada 4 Mei 1891.
 
 
Semasa kejadian, seramai tujuh orang kru kapal berjaya diselamatkan bot penyelamat dan mengambil masa selama berjam-jam sebelum tiba di Stesen Penyelamat Crisp Point.
 
Namun ketika bot penyelamat untuk cuba mendarat, ia terbalik dan hanya dua kru selamat sampai.
 
Bagaimanapun, selepas 130 tahun Kapal Atlanta itu ditemui pada kedalaman 650 kaki (198 meter) di bawah permukaan tasik, yang terletak 56 kilometer dari Deer Park, Michigan.
 
Perkara itu disahkan oleh Persatuan Sejarah Kapal Karam Great Lakes (GLSHS), yang mengumumkan penemuannya baru-baru ini selepas pasukan penyelidik dengan kerjasama Marine Sonic Technology menggunakan teknologi sonar untuk memetakan lebih 2,500 batu Tasik Superior, pada musim panas 2021.
 
Menurut Bruce Lynn, Pengarah Eksekutif GLSHS, bangkai kapal yang masih dalam keadaan baik dan boleh dikenal pasti dengan jelas selepas lebih 100 tahun adalah amat jarang berlaku.
 
Bangkai kapal itu dikatakan terpelihara dengan baik kerana air Tasik Superior yang sejuk.
 
“Ia benar-benar mengkagumkan dan masih cantik selepas 130 tahun di dasar tasik,” kata Lynn.
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here