Tempah model baharu Proton tapi dapat kereta terpakai

2025

Siapa sangka impian menerima kereta baharu lenyap apabila difahamkan pihak pengedar memberikan model terpakai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @nurshakirabaharuddin dia membeli sebuah kereta Proton menerusi wakil pusat jualan sah jenama nasional tersebut. 

“Proton Malaysia tolong bantu saya dapatkan pengadilan, saya beli kereta baharu tetapi kenapa saya dapat kereta bekas kemalangan,” tulisnya pada kapsyen video.



@nurshakirabaharuddin

#protonmalaysia #proton #fyp #kelantan

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Menerusi video pendek itu menunjukkan mangsa berada di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan dipercayai ingin membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

Jelas Nurshakira pada bahagian komen dia hanya mengetahui perkara tersebut apabila mengunjungi pusat servis dan selepas melakukan imbasan mendapati bahagian sensor oksigen pecah dan wayar putus.

“Seminggu selepas ambil kereta dari agen naik lampu check engine,” balasnya di bahagian komen.

Tambahnya, dia ingin pihak tersebut mengembalikan semula wang atau menggantikan dengan kereta baharu.

“Sebab beli mahal tapi dapat yang second dan kalau saya menang kes ni saya boleh beli Perodua,” tulisnya.

Bagaimanapun, pada bahagian komen bekas pekerja Proton menjelaskan sekiranya sudah ada kesan kemalangan di kilang pihak Proton tidak akan mengeluarkan model tersebut. Jika sebaliknya ia merupakan tanggungjawab wakil jualan. 

“Maaf, Proton memang tidak pernah menjual kereta kemalangan dalam kilang…apa lagi kalau melibatkan komponen yang tidak boleh diganti,” kata pengguna TikTok @Ja’a Ja’a.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respons daripada netizen antaranya:

“Pusat service tu kena bagi report bertulis, selagi chassis tak rosak tidak di kira kereta accident, anyway good luck.”

“Sensor o2 pecah ngan wayar putus bukan tanda kereta eksiden, kena check body chassis semua.”

“Bukan salah kilang tapi salah SA tu..tak hati2 bawak kereta customer..benda ni normal berlaku..kadang2 masa proses delivery ke customer. Pastu terlanggar macam2..so diorang akan pegi repair kat bengkel luar..cuma kali ni kantoi sebab lampu tu menyala je.”

“Mungkin kete stock test drive ni, accident mase test drive, dorg claim insurans, siap dorg jual balik.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here