Kali pertama anak dan bapa beraksi di litar sempena Vios Challenge musim kelima

1520

Perlumbaan pusingan pertama musim kelima Vios Challenge pada hujung minggu lalu begitu istimewa bagi pelumba muda Adele Lew dan bapanya Eddie Lew untuk pertama kalinya akan bertarung di dalam litar.

Ini juga adalah kali pertama pasangan anak perempuan dan bapa akan bersaing di dalam mana-mana siri perlumbaan tempatan. 



Adele adalah seorang daripada enam pelumba muda yang menyertai kategori Rookie Class dan Program Pembangunan Pelumba Muda GAZOO Racing yang dikendalikan oleh UMW Toyota Motor.

Program itu mengetengahkan pelumba-pelumba berusia di antara 16 hingga 20 tahun yang beralih dari sukan go-kart dan perlumbaan simulator ke litar. 

Pada pusingan pertama musim kelima Vios Challenge, bapanya menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan kategori Super Sporting Class.

Tempat pertama dan kedua pula, ia masing-masing dimenangi oleh Hayden Haikal dan Freddie Ang. 

Perlumbaan itu sangat sengit, apabila Hayden menamatkan perlumbaan hanya setengah saat di hadapan Freddie.

Sementara itu, Adele menduduki tempat keempat dalam kategori Rookie Class yang mana perlumbaan itu dimenangi Nabil Azlan bagi tempat pertama diikuti Sharique Zulqarinain (tempat kedua) dan Muhammad Hamdany Abdul Hamid (tempat ketiga).

Bagi kategori Sporting Class, Naquib Azlan memenangi dengan selesa selepas 15 saat mendahului Tom Goh, manakala seorang lagi remaja berusia 19 tahun Bradley Benedict Anthony di tempat ketiga.

Pelumba yang dibarisi selebriti bagi kategori Promotional Class, Zizan Razak yang bermula dipetak pertama mendominasi perlumbaan sehingga di garisan penamat.

Dia menamatkan lebih 15 saat di hadapan juara bertahan Promotional Class, Shukri Yahaya dan tempat ketiga pula dimenangi Ahirine Ahirudin.

Tempat keempat dimenangi Nabil Ahmad dengan Wany Hasrita, Janna Nick, Ain Edruce masing-masing di tempat kelima, keenam dan ketujuh. 

Nabila Razali pula tersingkir dari perlumbaan selepas terbabas pada pusingan terakhir.

Bagi keputusan pusingan kedua musim kelima “Vios Challenge”, yang diadakan semalam, ini senarai pemenangnya mengikut kategori membabitkan:

SUPER SPORTING CLASS 

  1. Eddie Liew 
  2. Mitchell Cheah 
  3. Freddie Ang 

SPORTING CLASS 

  1. Bradley Benedict Anthony 
  2. Kenneth Koh 
  3. Abdul Miqail 

ROOKIE CLASS 

  1. Sharique Zulqarinain 
  2. Muizz Musyaffa 
  3. Muhammad Hamdany Abdul Hamid 

PROMOTIONAL CLASS 

  1. Shukri Yahaya 
  2. Zizan Razak 
  3. Nabil Ahmad
GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here