Peronda lebuhraya California temui 35 jentera mewah termasuk Bentley dan Aston Martin

909

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menganggarkan kira-kira 721, 885 kenderaan dicuri di Amerika Syarikat pada 2019.

Bagaimanapun, kes di California menimbulkan keresahan apabila pihak berkuasa menemui kira-kira 35 kenderaan mewah yang dibeli secara penipuan daripada pengedar tempatan tanpa mencurigakan.



Menurut Peronda Leburaya California, serbuan dilakukan selepas dua bulan siasatan terhadap kecurian kenderaan mewah dalam jumlah yang besar.  

Namun, pihak berkuasa tidak menjelaskan secara terperinci kes tersebut yang mana hanya memberitahu penemuan dilakukan minggu lalu di San Fernando Valley yang melibatkan model seperti Aston Martin Vantage, Bentley Continental GT dan Corvette C8.

Pada imej berkenaan turut terdapat crossover Mercedes dan BMW 8 Series Coupe. Pihak berkuasa tidak mendedahkan senarai penuh kenderaan yang dicuri dan antara jenama yang ditemui Jaguar, Land Rover, Lexus dan Porsche.

Nilai kecurian dianggarkan bernilai AS2.3 juta (RM9.7 juta). Siasatan masih dijalankan dan kes tersebut membawa kepada penemuan senjata api dan tanaman 400 pokok marijuana. 

Polis menyatakan suspek kerap terlibat dalam jenayah besar termasuk penyeludupan dadah, senjata dan jenayah kekerasan yang memberi kesan kepada komuniti.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here