Walaupun berkarat, jualan Jaguar E-Type (1965) boleh capai RM830k

463

Sebuah kereta klasik yang terbiar hampir separuh abad di sebuah bangsal di Suffolk, Britain boleh dijual pada harga yang tinggi. 

Kereta Jaguar E-Type (1965) itu dilelong di acara lelongan di Duxford, Cambridgeshire  pada harga £41,400 (RM229,372).

Jaguar E-Type itu didaftarkan pada 3 Mac 1965 dan hanya ada 1,584 unit seluruh dunia. Jaguar E-Type Series One 4.2 Fixed Head Coupes merupakan pemanduan kanan sebelum model Series 1.5 diperkenalkan. 

Jaguar tersebut digelar sebagai Big Cat dan terbiar lama sehingga berkarat dan dipenuhi habuk dan sarang labah-labah. Namun ia masih mengekalkan kesan cat asal dan sebahagian dalaman masih mengekalkan yang asli. 

Jom Baca:   Sime Darby Motors City dirasmi – kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara

Bagaimanapun jika melakukan restorasi kereta itu boleh dijual pada harga mencecah pound sterling 150,000 (RM830,981).

Disifatkan sebagai kereta yang elegan pada era berkenaan, Jaguar E-Type diminati golongan kaya dan popular bahkan pernah muncul dalam filem The Wolf of Wall Street dan Sin City.

Ia mampu mencapai kelajuan sehingga 241kmj dan pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 6 saat. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here