Bugatti Centodieci bakal masuk barisan pengeluaran selesai ujian enduran 50,000km

896

Selepas 110 tahun, Bugatti ingin meraikan ulang tahun bersejarah itu dengan mencipta sebuah hypercar edisi khas.  

Pengenalan model EB110 pada tahun 90-an melonjakkan kembali jenama kereta Perancis itu dalam pasaran.



Sebagai penghormatan kepada model itu, Bugatti memperkenalkan sebuah model baharu yang dikenali sebagai Centodieci (bermaksud 110 dalam Perancis).

Dilaporkan Centodieci edisi khas itu bersedia memasuki barisan pengeluaran selepas  selesai ujian enduran 50,000km. Ujian tersebut melibatkan pecutan berkelajuan tinggi, pengendalian, ujian litar serta pemanduan di lebuh raya dan bandar.

Prototaip Centodieci akan melengkapkan perjalanan sejauh 1,200km sehari dan hanya berhenti untuk pemeriksaan teknikal, pertukaran pemandu dan mengisi minyak.

Bugatti Centodieci bakal menggunakan enjin 8.0 liter W16 yang mampu menghasilkan kuasa 1,578hp dan pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.4 saat.

Difahamkan kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik 380kmj. Pengeluar Perancis itu hanya mengeluarkan 10 unit Centodieci di Bugatti di Molsheim, Perancis dan sudahpun habis dijual.

Jualan harga hypercar itu adalah euro 8 juta (RM36.97 juta) dan penghantaran akan bermula hujung tahun ini.

GALERI

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here