Kisah retro Honda GBO J untuk dilepaskan….

7250

Pernahkah anda mendengar nama Honda GBO?. Sebenarnya ia merujuk kepada Honda C70 yang begitu popular di pasaran tempatan satu masa dahulu.

Kami tidak mengetahui dari manakah asal perkataan Honda GBO ini. Mungkin hanya dalam kalangan mat motor era 80-an yang mengetahui terjemahan di sebalik akronim tersebut.



Kemunculan Honda C70 lampu petak ke pasaran Malaysia sekitar era 80-an adalah bagi menggantikan lampu bulat yang sebelumnya menjadi fenomena dalam kalangan anak muda tempatan era 60 hingga 80-an. 

Honda GBO didatangkan dengan bahagian belakang besi dan enjin 72cc bersama platform pencucuhan jenis platinum. Perbezaan paling ketara antara versi lampu petak dan lampu bulat adalah tangki disatukan dengan badan. 

Kemudian, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan versi facelift C70 yang turut digelar sebagai Honda GBO J pada 1985 iaitu setahun sebelum kemunculan EX5.

Kapcai facelift berkenaan menerima beberapa pembaharuan. Paling utama adalah CDI menggantikan platinum. GBO J juga didatangkan dengan bahagian belakang plastik dan kunci pelana di belakang. 

Bagaimanapun, fairing depan tidak lagi didatangkan dengan lampu senja dan bingkai lampu depan menggunakan warna hitam berbanding krom sebelumnya.

BSH menawarkan tiga pilhan warna ketika itu iaitu hitam, biru dan merah pada harga sekitar RM3200. 

Selepas 40 tahun adakah anda mencari kapcai legenda ini?. Kami menemui Honda GBO J untuk dilepaskan di grup Suzuki VS125 & VS150 Scooter.

Menurut penjual motor tersebut berada di Alor Setar, Kedah dan masih dalam keadaan baik. Kapcai berwarna biru dengan rim merah jambu itu boleh digunakan di jalan raya dan tunggangan jarak jauh.

Honda GBO J dengan nombor plat Kedah tersebut sudah menjalani restorasi dan menggunakan alat ganti baharu yang asli. Namun harga jualan tidak dinyatakan.

Berikut perincian spesifikasi yang dikongsi penjual:

  • C110 complate (no engine sama dalam geran)
  • Blok 56mm Red leo
  • Head 23>27 Red leo
  • Kad wave 125
  • Cam uma
  • Kotak gear racing 2,3,4 faito
  • Arm ex5 dream 1 set
  • Peti rantai ex5 dream original
  • Pendawaian semua fungsi
  • Bateri baharu
  • Badan bebas karat 
  • Motor masih bergerak tiada masalah tunggangan jauh
  • Cukai jalan masih hidup jadi tiada masalah tukar nama

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here