Kapal persiaran elektrik terbesar dunia mulakan pelayaran sulung di China

1388

Kapal persiaran elektrik terbesar dunia, Yangtze River Three Gorges 1 baru-baru ini menamatkan pelayaran sulung keluar dari pelabuhan asalnya di Yichang, wilayah Hubei tengah China.

Kapal sepanjang 100 meter panjang itu boleh membawa sehingga 1,300 penumpang pada satu masa dan dikuasakan kapasiti bateri 7,500 kWj iaitu bersamaan dengan lebih 100 EV.



Walaupun menggunakan kapasiti bateri yang besar, kapal berkenaan tidak dapat melakukan perjalanan jarak jauh yang mana dengan sekali isian penuh hanya mampu bergerak sejauh 100km.

Kapal elektrik terbesar dunia dengan panjang 100 meter dan lebar 16.3 meter itu membawa pelancong melihat pemandangan sepanjang Sungai Yangtze, tetapi tidak terlalu jauh dari Yichang.

Yangtze River Three Gorges 1 ialah kapal persiaran elektrik penuh yang dibangunkan dan dibina oleh China Yangtze Power, anak syarikat China Three Gorges Corp dan Hubei Three Gorges Tourism Group pada harga yuan 150 juta (RM99 juta).

Ia merupakan kapal pertama yang sifar emisi dan operasi mengecas menggunakan kuasa hidro bersih yang dijana oleh Empangan Three Gorges di pelabuhan asalnya.

Januari lalu, kapal persiaran elektrik itu menamatkan pelayaran percubaan pertamanya dan selamat pulang ke Yichang. 

Minggu ini, kapal persiaran elektrik itu membuat pelayaran sulungnya di China sebagai permulaan pengembangan rancangan Three Gorges Corporation bagi pasaran kenderaan marin elektrik.

Lei Mingshan, pengerusi China Three Gorges Corp, menyatakan  kapal persiaran elektrik itu merupakan peristiwa penting dalam mempromosikan pengangkutan hijau, perlindungan Sungai Yangtze, dan pratonton masa depan rendah karbon dalam perjalanan marin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here