Lexus NX (2022) rasmi lancar di Malaysia, harga mula RM370k

1142

Pengeluar kenderaan mewah, Lexus Malaysia melancarkan SUV generasi baharunya Lexus NX (2022) untuk pasaran tempatan.

Ia ditawarkan dengan dua varian itu NX 250 Luxury dan NX 350 F Sport yang masing-masing dijual bermula RM370,888 serta RM389,888.

PERUBAHAN LUARAN SIGNIFIKAN

Tampil jejaring jeriji baharu dengan corak bersilang, manakala pembahagi bampar hadapan dihias dengan warna perak, selain padanan gril hitam berkilat.



Lampu depan projektor LED 3 bahagian mempunyai sambungan hitam yang menghasilkan kesan yang lebih bersahaja dan meningkatkan rupa DRL berbentuk L.

Di bahagian belakang, lampu belakang berbentuk L diapit bar lampu berpusat yang bertindak sebagai lampu belakang sebagai sebahagian daripada tandatangan jenama baharu. Logo Lexus juga diubah suai dengan pandangan yang anggun dan moden.

KABIN KONSEP TAZUNA

Susun atur ruang kabin Lexus NX pula membawakan Tazuna Concept yang mengambil inspirasi daripada hubungan antara penunggang dan kuda, di mana pergerakan halus daripada penunggang mampu diterjemahkan kepada arahan yang difahami oleh kuda secara lebih baik.

Contoh utama konsep Tazuna ialah pengurangan bilangan butang daripada 78 kepada 45. Butang fizikal dikekalkan hanya yang kerap digunakan sahaja.

Fungsi yang jarang digunakan boleh diakses menerusi skrin sentuh bersaiz 14 inci yang terbesar dalam kelasnya dan boleh disambung kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Ia juga menampilkan penggunaan bahan yang premium sebagai sebahagian daripada pakej hospitaliti Omotenashi Lexus, diikuti dengan sistem pencahayaan suasana dalaman 64 warna, dan ciri baharu suis pembuka pintu (e-latch).

PENINGKATAN 30 PERATUS TAHAP KETEGARAN

Lexus NX itu dipadankan platform GA-K (TNGA-K) dengan membawakan peningkatan 30 peratus tahap ketegaran dan titik graviti lebih rendah. Ia secara langsung memberi kelebihan tahap pengendalian dan kawalan di selekoh dengan lebih baik.

Sistem suspensi pula terdiri daripada topang MacPherson di hadapan, diikuti dengan double-wishbone pada gandar belakang.

Namun, Lexus NX 350 F Sport dipadankan sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) sekali gus memberi kawalan lebih tajam dan sporty.

ENJIN NA & TURBO

  • Lexus NX 250 Luxury: Enjin 2.5 liter aspirasi natural dengan kuasa 204hp dan tork setinggi 243 Nm.
  • Lexus NX 350 F: Enjin 2.4 liter turbo dengan kuasa 275hp (+71hp) dan tork 430Nm (+187Nm).

Kedua-dua enjin menggunakan kotak gear automatik lapan kelajuan dengan ciri kawalan AI Shift yang mana menggunakan data daripada imbasan jalan raya di depan untuk memadankan kawalan dan penukaran gear yang sewajarnya.

CIRI KESELAMATAN

SUV mewah itu dipadankan ciri keselamatan Lexus Safety System Plus (LSS+) yang merangkumi Sistem pra-pelanggaran (PCS), Bantuan pengesanan lorong (LTA), Kawalan jelajah dinamik radar (DRCC), Bantuan suluhan tinggi (AHS) dan banyak lagi.

GALERI

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here