Mazda CX-8 2022 – Crossover 7 tempat duduk, tambah ciri dan varian baharu, harga bermula RM177K

1390

Selepas beberapa tahun diperkenalkan sebelum ini, Mazda CX-8 2022 kini hadir dengan ciri terbaru, serta pengenalan varian baharu menerusi SKYACTIV-G 2.5L Turbo.

Kini SUV crossover bersaiz pertengahan dengan tujuh tempat duduk itu mempunyai 5 varian membabitkan:

  • Mazda CX-8 2.5L 2WD MID
  • Mazda CX-8 2.5L 2WD HIGH
  • Mazda CX-8 2.5L 2WD HIGH PLUS
  • Mazda CX-8 2.5L Turbo AWD HIGH PLUS
  • Mazda CX-8 2.2L Diesel 2WD HIGH PLUS

Mazda CX-8 2022 kini ditambah sebagai standard bagi semua varian termasuk:

  • GVC Plus
  • Port USB tambahan untuk penumpang baris ke-3
  • Meter Kluster Instrumen 7-inci
  • Tempat duduk berkuasa 6 hala untuk penumpang hadapan
  • Bukaan pintu belakang berkuasa bebas tangan 
  • Cermin lipat automatik

Peningkatan ciri tambahan mengikut varian

Bagi varian, varian 2.5L Mid dan High kini dipadankan tempat duduk kulit warna hitam, manakala varian CX-8 2.5L High Plus mengekalkan Kulit Nappa dengan kemasan Merah Dalam. 



Sementara itu, varian CX-8 2.5L High dan ke atas, menerima reka bentuk gril yang dikemas kini, lampu hadapan LED Signature, lampu dalaman LED serta pengecas Wayarles dan Wireless Apple Carplay® yang boleh diakses menerusi paparan Mazda Connect Infotainment 8-inci.

Bagi varian CX-8 2.5L High Plus dan ke atas pula, menerima kemasan Gunmetal pada gril hadapan dan hiasan bampar krom, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan. Ciri i-Activsense turut dikemas kini termasuk Sistem Pencahayaan Hadapan Adaptif  ( AFS), Kawalan Pancaran Tinggi (HBC), Sokongan Brek Pintar (SBS) untuk hadapan dan belakang serta Kawalan Pelayaran Radar Mazda (MRCC).

Varian baharu Mazda CX-8 2.5L Turbo AWD HIGH PLUS

Ia menggunakan enjin SKYACTIV-G 2.5L Turbo yang menawarkan 228 hp dan tork 420 Nm dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

Varian ini didatangkan dalam All-Wheel-Drive (AWD) yang dilengkapi dengan transmisi automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE

Model CKD 

Mazda CX-8 dipasang secara tempatan di kilang Pemasangan Inokomdi Kulim, Kedah yang ditawarkan pilihan warna membabitkan Soul Red Crystal, Machine Grey, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Jet Black dan dua warna baharu: Platinum Quartz dan Polymetal Grey.

Harga jualan bermula dari RM177,674.40 dan semua kenderaan Mazda baharu dilindungi Waranti Pengeluar 5 Tahun + Penyelenggaraan Percuma 5 Tahun termasuk caj buruh, alat ganti dan pelincir. 

Galari Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here