#Spyshot: Toyota Veloz tanpa selubung dikesan di plaza tol, pelancaran selepas Alza?

1660

Toyota Veloz dikesan sedang dibawa di atas treler di lebuhraya tempatan. Bagaimanapun lokasi tepat rakaman imej itu tidak diketahui dan boleh dilihat treler berkenaan sedang melalui lorong kenderaan berat sebuah plaza tol.

Menerusi imej yang dikongsi di grup Facebook Perodua Alza (2022) itu menunjukkan lima buah Veloz tanpa selubung dengan warna badan perak metalik dan bumbung hitam. Seperti mana kita ketahui hanya Veloz ditawarkan dengan pilihan dua rona warna.



Bakal dilancarkan suku keempat tahun, MPV itu hanya ditawarkan dengan satu varian iaitu Toyota Veloz 1.5 (auto) pada harga sekitar RM95,000 (tanpa insurans).

Pada imej itu boleh dilihat lampu belakang Veloz berbeza dengan Perodua Alza yang ditarik di sepanjang but dan gril depan pula mirip dengan versi Indonesia.

Toyota Veloz dijana oleh enjin 1.5 liter yang menghasilkan kuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 137Nm @ 4,200rpm yang kemudian dipadankan transmisi CVT. 

Didatangkan dengan lima warna pilihan, MPV itu didatangkan dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense, Brek Parking Elektrik (EPB) dan pengecas tanpa wayar Qi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here