Tuduh ambil ‘duit suap’ lepaskan pemandu warga asing, polis buat laporan

1063
Semalam, tular satu rakaman video yang mendakwa pihak berkuasa melepaskan pemandu warga asing dan menerima suapan dalam satu kejadian yang berlaku di daerah Sepang. 
 
Video bertajuk ‘Dua kereta polis menahan sebuah lori yang dipandu warga asing selepas 10 minit lori tersebut dilepaskan,” itu mendakwa pihak berkuasa menerima wang RM300 dan pemandu lori tidak disaman. 
 
 
Susulan itu, pihak polis tampil menafikan dakwaan berkenaan. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Azran Wan Yusof berkata rakaman bertarikh 5 Julai pada jam 12.54 petang itu menunjukkan anggota polis menahan lori tersebut di laluan utama.
 
“Hanya terdapat sebuah kenderaan trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sepang.
 
“Pihak polis mengeluarkan saman terhadap pemandu warga asing itu yang merupakan pemegang UNCHR kerana tiada lesen memandu,” katanya.
 
 
Satu saman dikeluarkan kepada lelaki Bangladesh berusia 28 tahun itu dan tiada wang diambil daripada pemandu tersebut oleh anggota trafik. 
 
Jelasnya, satu laporan polis sudah dibuat dan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota polis yang terlibat salah laku kerana memberi imej buruk kepada pihak berkuasa. 
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah, jika sabit kesalahan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian jika sabit kesalahan hukuman boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya. 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here