#Spyshot: Honda HR-V dikesan menuju ke pusat jualan, bakal lancar minggu depan

1481

Honda HR-V bakal lancar minggu depan dan model itu dilihat sedang dihantar ke wakil jualan sah Honda.

Berdasarkan imej yang dikongsi portal Paultan, treler berkenaan membawa lima unit HR-V berwarna merah varian RS. Model tersebut merupakan varian tertinggi RS e:HEV hibrid yang digunakan dalam video promo Honda Malaysia. 



Selain itu, Paultan turut berkongsi beberapa keping imej HR-V yang tiba di pusat jualan Honda sekitar Lembah Klang. 

Pasaran tempatan akan menerima pilihan janakuasa petrol dan hibrid dengan tawaran empat varian. Menurut Paultan anggaran harga SUV tersebut antara RM120,000 dan RM140,000.

Kesemua varian akan menggunakan enjin 1.5 liter dengan konfigurasi yang berbeza iaitu aspirasi natural (NA), turbo dan hibrid. 

Varian asas S menggunakan enjin City 1.5 liter NA DOHC i-VTEC 4-silinder yang menghasilkan kuasa 121PS @ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm.

Sementara varian E dan V menerima trenkuasa VTEC turbo yang mana kebarangkalian output sama yang dipasarkan di Indonesia dengan angka 177PS @ 6,000rpm dan tork 240Nm @1,700-4,500 rpm.

Varian tertinggi HR-V RS menggunakan enjin e:HEV hybrid. HR-V serba baharu akan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Ignite Red Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Crystal Black Pearl.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here