Galeri Gambar: Art Of Speed 2022 kembali menyengat dunia kustom tempatan

1688

Art of Speed, acara tempatan Malaysia yang terkenal dengan Kustom & Counter Culture kembali dengan acara tahunannya yang ke-10 tahun ini, selepas dua tahun menyepi dek penangan pandemik Covid19. 

Acara ini kembali dengan motosikal kustom, kenderaan radikal, pameran restorasi seni dan budaya kustom. Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), menjadi tapak acara Art of Speed 2022 (AOS 2022) pada 2 dan 3 Julai lalu.



Sepanjang dua hari kami berada di sana, ternyata acara tahunan itu semakin matang dengan pengisian aktivitinya. Ternyata ia sesuai untuk semua, sama ada peminat kenderaan dua roda, empat roda, barangan vintaj dan banyak lagi.

Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022 tahun ini, menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam).

@motoqar Replying to @mohdakifazhari ♬ original sound – Motoqar

Keputusan dari pihak juri memihak kepada SKATECTURE dari Kuching, Sarawak; Mohammad Nasir Morni, Umar Sulaiman, Hafiq Kamaluddin, Amin Ridzuan dan Hafiz Yem, serta pilihan awam MOTO BURUK GARAGE dari Pulau Pinang; Mohamad Aidzam Alias.

Seperti biasa, Hot Wheels kembali dengan pameran hebat yang menampilkan Monster Truck Bone Shaker bersaiz sebenar di tapak acara AOS 2022. 

NoEqual.co  kembali dengan NEAT Fest di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kenderaan yang terpilih dari seluruh Malaysia dengan nama “Garage Life”.

Tampil kembali untuk AOS 2022 adalah Hail Vintage yang menampilkan pameran pakaian kerja vintaj. Turut serta dalam Hail Vintage tahun ini dalah Jubilee Antique Café yang menampilkan citarasa makanan kopitiam Kelantan yang istimewa.

Tarikan baharu dalam AOS 2022 adalah penambahan dewan di Dewan D iaitu gaya hidup perkhemahan iaitu Off The Grid – konsep baharu dalam “outdoor lifestyle”.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, hadiah cabutan bertuah dimana seorang pemenang bertuah pulang dengan seunit Skuter Vespa Klasik EV yang direstorasi oleh Kluk Klek Soul dan pengubahsuaian EV oleh Elders Elettrico.

Pemenang bertuah pertama yang diumumkan di pentas utama adalah Muhammad Khairul Anas Bin Rohani dari Parit Buntar, Perak.

Acara itu juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Elders Elettrico dan 405 Industries sebagai rakan kongsi teknologi untuk kit penukaran EV.

Perkongsian itu bertujuan untuk mengembangkan pasaran kit penukaran EV di Malaysia dan bekerjasama dengan kerajaan untuk pembangunan perkara kawal selia berkaitan penukaran EV.

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here