Ambulans lambat tiba, mangsa kemalangan naik jentolak ke hospital

883

Orang awam terpaksa menggunakan sebuah buldozer bagi membawa mangsa kemalangan ke hospital.

Kejadian yang berlaku di daerah Katni, Madhya Pradesh itu melibatkan seorang remaja yang mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motor lain di jalan Khitauli.



Orang awam yang berada di lokasi kejadian menghubungi ambulans tetapi tidak tiba  selepas setengah jam dan keadaan mangsa semakin teruk. Mereka juga turut meminta bantuan penarik beca, namun tiada yang berhenti. 

Kemudian, seorang pemilik kedai mengangkat mangsa dengan bantuan beberapa individu lain lalu meletakkannya di timba jengkaut dan segera membawa mangsa ke hospital.

Difahamkan mangsa kemalangan bernama Mahesh mengalami keretakan pada bahagian kaki dan dirawat di hospital daerah. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here