Pemilik EX5 Dream mahu ‘swap’ dengan Y Suku

11218
Seorang pengguna Facebook Samuel Vedanesan ingin menukar kapcai Honda EX5 Dream restorasi penuh dengan sebuah Yamaha Y15ZR.
 
Bagaimanapun, pada hantaran berkenaan Samuel tidak berkongsi restorasi yang dilakukan pada motosikalnya. Namun timbul pertikaian dalam kalangan netizen tentang kapsyen yang mengelirukan.
 
“Open swap plus cash. Ex5 Dream Standard full restore.Mencari swap Y15 saya plus cash,” tulisnya.
 
Gara-gara pertikaian berkenaan Samuel menganggap netizen terlalu awal untuk sarkastik dan bersangka buruk.
 
Oleh kerana pemilik ingin ‘swap’ dengan Honda EX5, sudah tentu dia perlu menambah wang tunai mengambilkira harga Y suku yang sedikit tinggi.
 
“Takkanla dia nak swap EX5 dia ngan Y pastu dia nak minta cash lagi, mestila dia yang akan tambah cash..pikirla takkan benda tupun tak boleh fikir,” kata Norazlan Mohamad.
 
Tawaran suka sama suka itu juga menarik perhatian ramai pemilik Y Suku yang menawarkan roda dua mereka.
 
“Y15 V2 2019 utk diletgo, milleage 22K, jajan banyak, enjin standard. PM,” tulis Faiz Mazalan.
 

“Saya ada Y Suku tahun 2019..swap suka sama suka, moto dah tak care,” kongsi Farizuan Rashid. 

 
Honda EX5 Dream dijual pada harga cadangan RM4,299 (penghidup tendang) dan RM4,529 (penghidup eletrik). Kapcai itu dijana oleh enjin 110cc yang menghasilkan kuasa 8.9hp @ 7,500rpm dan tork 8.40Nm @ 6,000rpm.
 
Manakala Y15ZR pula dijual pada harga cadangan RM8,498 dan dijana oleh enjin 150 cc dengan kuasa 15.4 PS @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000 rpm.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here