Beli kereta terpakai RM100k, sebulan kemudian pelbagai masalah…

3549

Pemuda Singapura kecewa apabila perlu mengeluarkan lebih banyak wang selepas membeli kenderaan terpakai pada harga SGD30,000 (RM99,629).

Zhuo Zhengcheng, 48 memberitahu Citroen diesel berkenaan dibeli di sebuah wakil jualan, Jalan Sultan pada September lalu namun tidak menyangka bakal melalui pengalaman pemilikan yang menyusahkan. 

SEMINGGU GUNA DAH ADA MASALAH



Jelasnya komponen lampu signal menyala selepas seminggu digunakan dan ketika dibawa untuk pemeriksaan dia perlu membersihkan penapis diesel dengan bayaran SGD300 (RM996).

“Dua hingga tiga hari kemudian, air memasuki bahagian depan kenderaan dan selepas diperiksa ada masalah dengan bahagian penutup getah,” katanya.

Masalah tidak berakhir apabila seminggu kemudian dia mendapati pendingin hawa tidak sejuk dan perlu menghantar ke bengkel untuk penyelenggaraan.

“Saya diberitahu beberapa hari lalu semasa pemeriksaan bahawa terdapat masalah dengan paip, brek dan bahagian lain dan saya perlu membelanjakan SGD4,000 (RM13,296) untuk baik pulih sepenuhnya,” katanya.

UBAH ODOMETER

Gambar hiasan

Zhuo Zhengcheng mendedahkan pengedar kereta memberitahu Citreon berkenaan berusia tujuh tahun dengan perbatuan 100,000km. Bagaimanapun, ia berubah menjadi 108,361km.

Justeru itu, dia mengesyaki odometer kereta diubah. Apabila membawa kereta itu untuk penyelenggaraan, mekanik memaklumkan odometer Citroen berkenaan adalah 225,702km pada 1 Ogos, tetapi kemudian menjadi 108,361km.

Menurutnya, mekanik itu juga mendedahkan komponen klac telah diganti iaitu servis yang perlu dilakukan apabila perbatuan melebihi 160,000km.

Penemuan itu mengesahkan andaian Zhuo bahawa odometer telah diubah. Bahkan dia berasa tidak berbaloi membelanjakan SGD10,000 (RM33,209) untuk baikpulih.

KERETA KEMBALI ROSAK KETIKA KE MELAKA

Katanya, dia memandu ke Melaka bersama isterinya pada awal Oktober, tetapi selepas melepasi pusat pemeriksaan laluan kedua, lampu isyarat kereta menyala semula.

Dia mendapati air dalam sistem penyejukan telah kering dan tidak mempunyai pilihan selain pulang ke rumah kerana timbul masalah lain. Difahamkan, Zhuo menghubungi pengedar kereta dan meminta membayar kos penyelenggaraan.

Sementara itu, Shin Min Daily News menghubungi pengedar kereta untuk mendapatkan komen dan mereka menafikan dakwaan mengubah odometer.

Pekerja itu menambah bahawa waranti terbatal kerana Zhuo membawa kereta itu ke bengkel tidak berlesen.

Bagaimanapun, pengedar kereta itu menawarkan Zhuo servis percuma sekali sahaja di pusat pembaikan kereta yang ditetapkan, memandangkan tiada kerosakan tambahan pada kenderaan itu.

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here