Pemandu lori muat rempuh treler

656

Pemandu lori maut selepas kenderaannya merempuh belakang sebuah treler di KM42 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK), Bentong, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun dalam perjalanan dari arah Bentong.



“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu lori mengubah haluan masuk ke lorong kiri untuk memotong kenderaan di depan dan kemudian melanggar bahagian belakang treler yang berada di lorong kiri.

“Akibat kemalangan seorang pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya. 

Pihak polis memohon mana-mana individu yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here