Menteri Pengangkutan lancar aplikasi baharu TAXI4U, lain pula yang netizen perasan…

947
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong melancarkan aplikasi e-hailing TAXI4U.
 
Menerusi perkongsian berkenaan di akaun Facebook rasminya Wee Ka Siong menjelaskan 

Kementerian Pengangkutan menggalakkan persaingan dalam kalangan pemain industri bagi memberi peluang pemandu atau penumpang untuk membuat pilihan terbaik.

“Setakat ini, lapan peratus atau 7,833 buah teksi menyertai e-hailing sebagai operasi tambahan.
 
“Saya mengharapkan aplikasi baharu TAXI4U akan merancakkan lagi persaingan industri e-hailing dan teksi. Diharapkan lebih ramai pemandu teksi dapat menggunakan aplikasi e-hailing sebagai modus operasi tambahan mendapatkan penumpang,” katanya.
 
 
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen gara-gara logo yang digunakan aplikasi baharu tersebut mirip dengan perkhidmatan e-hailing yang pernah ada di pasaran tempatan.
 
Cuma perbezaannya kedudukan kereta yang digunakan adalah berbeza. Jika anda masih ingat, logo berkenaan mirip dengan aplikasi MyTeksi.
 
 
Logo kereta yang digunakan MyTeksi menghala ke kanan manakala TAXI4U pula di sebelah kiri. Perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Iskandar Azaman yang kemudian dikongsi beberapa portal tempatan itu mencuit perhatian netizen. 
 
Untuk makluman MyTeksi atau turut dikenali sebagai GrabTaxi di beberapa negara sekitar AsiaTenggara dijenamakan semula kepada nama baru dipanggil sebagai Grab pada 2016.
 
Dengan penjenamaan MyTeksi kepada Grab sekaligus mempelbagaikan tawaran perkhidmatan dibawah satu payung. 
 
Menurut anda bagaimana?, adakah kedua-dua logo e hailing berkenaan mirip?…
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here