Lelaki ini jadikan Honda Beat anti pencuri dan kebal, hanya di Indonesia

783

Sebuah klip video memaparkan upacara menjadikan sebuah motosikal kebal dan tidak boleh dicuri tular di media sosial Indonesia, baru-baru ini. 

Aksi sedemikian hanya boleh dilihat di negara jiran yang mana menunjukkan seorang lelaki membaca mantera bagi menjadikan motor berkenaan anti pencuri.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by INFO PEKANBARU, RIAU (@pkucity)



Menerusi perkongsian akaun Instagram @pkucity menunjukkan lelaki berbaju kuning berkenaan menggunakan kemampuan tenaga dalam lalu disalurkan ke skuter Honda BeAT.

Dikatakan hasil upacara berkenaan skuter tersebut memiliki kekebalan yang tidak boleh disentuh individu lain.

Setelah selesai acara ritual berkenaan boleh dilihat beberapa lelaki yang cuba mendekati motor berkenaan tercampak. 

“Apabila sudah diperawat, sepeda motor ini tidak bisa dicuri oleh pencuri atau disentuh oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab,” kata pengacara majlis. 

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here