Tiket penerbangan mahal, pelajar IPT Sabah bimbang tidak dapat pulang mengundi

498

Walaupun mendapat cuti pelepasan lima hari, penuntut di institusi pengajian tinggi di Sabah bimbang tidak dapat pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana harga tiket penerbangan mahal.

Presiden Markas Siswa Siswi Islam Sabah (Marsis), Mohd Shahrul Izzat Basri dan dan Timbalan Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) Sabah, Mohd Faizal Kambah dalam berkata, meskipun cuti pelepasan lima hari, namun sia-sia jika pelajar tidak dapat pulang kerana harga tiket yang mahal.



Menurut mereka, isu tiket penerbangan mahal bukan perkara baharu malah sering dibangkitkan.

“Hal ini kerana belum ada jalan penyelesaian yang konkrit dan terancang diambil khususnya oleh kerajaan Sabah.

“Sebelum ini, Marsis mengeluarkan kenyataan berkaitan isu harga tiket ke Borneo mahal pada musim perayaan yang membebankan mahasiswa dan anak perantau untuk pulang menyambut hari raya Aidilfitri.

“Perkara ini sepatutnya menjadi kebimbangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Menteri Pengangkutan, Menteri Tugas – Tugas Khas dan Ketua Menteri. Mahasiswa Sabah yang ada kesedaran mengundi tetapi tidak dapat pulang mengundi,” katanya.

Selain itu juga, kenyataan itu turut menyebut kebimbangan lain mereka adalah objektif utama KPT memberi cuti pelepasan lima hari tidak tercapai iaitu untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan pemerintahan negara dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sebagai pengundi.

Sebelum itu, KPT bersetuju memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 hingga 21 November ini kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada PRU15.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here