Bos barang kemas hadiah pekerja motor dan kereta sempena Deepavali

2325

Pemilik kedai barangan kemas di Chennai memberikan kereta dan motosikal kepada pekerjanya sempena sambutan Deepavali.

Pemilik membelanjakan kira-kira ₹1.2 crore bagi membeli 10 buah kereta dan 20 buah motosikal. 



Beberapa pekerjanya terkejut apabila pemilik Challani Jewellery Mart, Jayanthi Lal Chayanthi memberikan hadiah berkenaan sehinggakan ada yang menangis gembira.

Jayanthi Lal menyatakan bahawa pasukannya memberikan sokongan sama ada suka atau duka bahkan menganggap pekerjanya sebagai keluarga kedua.

“Ini untuk menggalakkan kerja mereka dan menambah sesuatu yang istimewa dalam hidup mereka. Mereka setia dengan saya dalam keadaan perniagaan pasang dan surut dan membantu saya memperoleh keuntungan. 

“Mereka bukan sahaja kakitangan, tetapi keluarga saya. Jadi, saya mahu melayan mereka seperti ahli keluarga saya dengan memberikan kejutan,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here