Datuk Bandar makan rasuah, Litar F1 Vietnam jadi projek gajah putih

1691

Vietnam merancang menganjurkan kejohanan F1 pertamanya pada tahun 2020. Litar Hanoi bernilai £540 juta (RM2.84 juta) itu dikatakan bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelumba F1 dan meluaskan jangkauannya ke wilayah baharu di seluruh dunia.

Vietnam menandatangani perjanjian 10 tahun bersama F1 pada 2018 bernilai £54 juta (RM289 juta) dan dibiayai oleh konglomerat swasta, VinGroup.



Namun, GP Vietnam tertunda disebabkan pandemik dan sejak itu GP Vietnam tiada dalam kalendar F1. 

Pada 2021, GP Vietnam dikeluarkan dalam jadual pusingan F1 selepas Datuk Bandar Hanoi, Nguyen Duc Chung yang merupakan penyokong utama sukan pemotoran berkenaan ditahan. 

Beliau kemudian dipenjara selama 10 tahun atas pertuduhan rasuah. Media kerajaan mendakwa tahun lalu bahawa pihak berkuasa menolak sebarang harapan untuk Vietnam mengadakan perlumbaan sehingga sekurang-kurangnya 2029.

Bagaimanapun, pihak berkuasa enggan mengesahkan perkara ini kepada media luar. Kalendar kejohanan F1 2023 sudahpun dikeluarkan bulan lalu yang mana Vietnam sekali lagi terlepas.

Imej litar yang menampilkan sektor ketiga yang lurus sepanjang 1.5km menyaksikan tempat duduk penonton sudah dibuang.

Litar 5.6km itu dikelilingi rumput dan sebahagiannya dipagar untuk orang ramai. Bagaimanapun, beberapa penunggang basikal dan motosikal  dilihat melalui pintu pagar litar tersebut. 

Manakala satu lagi bahagian litar dibuka untuk digunakan oleh rakyat Vietnam sebagai jalan awam. Buat masa ini masih belum diketahui bilakah litar berkenaan akan digunakan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here