Padah lakukan aksi zig-zag dan superman, 5 remaja ditahan

1046
Polis menahan lima remaja lelaki ketika berlumba haram dalam Ops Samseng Jalanan sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.
 
Remaja yang berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan ketika menunggang dalam keadaan merbahaya melakukan aksi zig-zag dan superman untuk menduga kelajuan dengan bersaing sesama sendiri.
 
Remaja berkenaan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana menunggang secara melulu dan merbahaya.
 
Menurut pihak berkuasa operasi itu dijalankan sejajar usaha-usaha bagi membanteras aktiviti yang tidak sihat.
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here