Gara-gara tunai permintaan ‘drift’ pekerja wanita kem gajah Hatyai, pemuda Malaysia bayar pampasan RM12k

974

Seorang lelaki rakyat Malaysia perlu membayar ganti rugi THB100,000 (RM12,426) kepada empat warga Thailand selepas kenderaan mereka rosak gara-gara aksi drift pemuda tersebut.

Ketua Polis Pelancong Hatyai, Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai berkata rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Abdul Raii Azmi, 32 itu melakukan drift di ruangan parkir sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai.



“Ketika melakukan aksi drift pada pusingan keenam, batu yang berterbangan merosakkan  tiga tuktuk dan sebuah kereta termasuk cermin pecah dan calar,” katanya.

Pemilik kenderaan membuat laporan di balai polis Kho Hong dan pada hari Sabtu pihak berkuasa melakukan operasi mengesan BMW berkenaan.

Kemudian pihak polis berjaya mengesan kenderaan Abdul Raii di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.

Azmi dan siteri dibawa ke balai polis pelancong Hat Yai untuk menemui mangsa dan keempat-empat pemilik kenderaan berkenaan meminta pampasan THB107,000 (RM13,296).

Selepas berunding, kesemua pihak sepakat dengan wang pampasan THB99,000 (RM12,302) yang akan dikongsi antara mangsa berdasarkan tahap kerosakkan kereta masing-masing.

Abdul Raii memberitahu pihak polis dia melakukan dift atas permintaan kakitangan wanita di tempat pelancongan tersebut, tanpa menyedari tindakannya itu merosakkan kenderaan lain. Dia meminta maaf kerana menimbulkan masalah.

Tonton video kejadian DI SINI.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here