Melaka bakal terima kereta api Maglev 22km

841

Perkhidmatan Monorel di Melaka terbengkalai dan kali terakhir beroperasi sebelum pandemik melanda 2020.

Dua gerabak tersebut tersadai di Stesen Monorel di persimpangan Tun Ali manakala kaunter menjual tiket ditutup. 



Bagaimanapun, Melaka bakal menerima sistem pengangkutan lebih maju yang menghubungkan lokasi pelancongan hotspot sekitar negeri tersebut.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis memberitahu terdapat cadangan membangunkan sistem kereta api maglev (magnetik levitasi) sepanjang 22km dengan nilai pelaburan USD200 juta (RM900 juta).

“Bukan hanya Disneyland tetapi juga ada cadangan pembangunan 22km sistem ‘Maglev’ bagi menghubungkan lokasi ‘hotspot’ pelancongan Melaka dengan nilai pelaburan 200 juta dolar bersamaan RM900 juta.

“secara keseluruhan projek ini boleh mencapai hingga RM2 bilion,” katanya pada sidang media menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) cadangan 22km Sistem Maglev dan Membangunkan Taman Tema Disneyland serta Disneycity. 

MoU berkenaan melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here