
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) menahan seorang lelaki warga Kazakhstan semalam ketika operasi rondaan dan tindakan di Jalan Bukit Bintang.
Ketika anggota JSPT KL mengeluarkan saman terhadap sebuah kenderaan yang diparkir di bahu jalan Bukit Bintang telah membawa kepada tangkapan warga negara asing berkenaan.
Hasil semakan mendapati kenderaan tersebut dikehendaki pihak polis kerana terlibat dalam kes samun dan didapati masih hilang menerusi laporan yang dibuat di Balai Gombak tahun 2007.
Seterusnya, tangkapan dibuat ke atas suspek serta kenderaan bersama serangkai anak kunci dan kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.