Harga naik beberapa model Toyota dan Nissan, Honda kekal buat masa ini

693

UMW Toyota Motor (UMWT) dikatakan menyemak semula harga beberapa model keluaran mereka di Malaysia berkuat kuasa 3 Januari 2023.

Sumber UMW Toyota yang dihubungi Motoqar juga tidak menolak dakwaan satu posting berhubung harga baharu yang tersiar di dalam media sosial baru-baru ini.



Ia membabitkan model Camry dan Corolla Altis yang masing-masing menerima kenaikan harga RM10,000 dan RM4,000 lebih berbanding sebelum ini. Kini Camry dijual bermula RM219,800, manakala RM145,888 bagi Corolla.

Selain itu, Fortuner (naik RM5,000), Hilux (naik RM3,000) dan Hiace (peningkatan RM5,000). Bagi model Invova, Rush, Veloz dan Yaris masih kekal harga lama.

Namun, Motoqar akan mengemaskini artikel ini sekiranya UMW Toyota mengesahkan berhubung harga berkenaan secara rasmi.

Bagi jenama Nissan pula, Paultan turut melaporkan bahawa harga beberapa varian Navara disemak semual dengan kenaikan sebanyak RM3,500.

Berbanding dengan senarai harga 2022, Harga 2.5L Single Cab MT dan 2.5L SE MT kini meningkat RM3,550, manakala varian lain tidak berubah.

Sementara itu, jurucakap Honda Malaysia ketika dihubungi Motoqar memaklumkan bahawa pihaknya akan mengekalkan harga keretanya setakat ini. 

“Keutamaan kami adalah untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi dan menyampaikan kepada pelanggan tepat pada masanya,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here