Kereta rosak, wanita maut dilanggar lori

723

Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah lori ketika menunggu di luar keretanya yang rosak di KM235.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kuala Kangsar, awal pagi tadi. 

Maklumat awal menyebut, dalam kejadian sekitar jam 5.20 pagi itu, mangsa B Karthigayayini maut di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kejadian melibatkan sebuah kereta Honda Civic dinaiki mangsa bersama dua yang lain serta sebuah lori kontena tanpa muatan.



Menurutnya, kereta berkenaan telah mengalami kerosakan dan berhenti di bahu jalan.

“Lori terbabit telah melanggar bahagian tepi kenderaan itu dan ketika itu mangsa berada di sisi kereta berkenaan.

“Mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan yang hadir sementara dua lagi dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa tersepit dan operasi tamat pada jam 6.02 pagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here