BSH rasmi lancar Honda ADV 160, harga RM12k

2780

Boon Siew Honda (BSH) rasmi memperkenalkan Honda ADV 160 ke pasaran tempatan menggantikan model ADV 150.

Skuter berkenaan didatangkan dengan pilihan warna Mat Charcoal Gray Metallic dan Vivacity Red pada harga RM12,999 iaitu tambahan RM1,000 berbanding versi 150.

JANAKUASA



Honda ADV 160 dilengkapi dengan enjin 156.9cc eSP+ bersama sistem PGM-FI yang menghasilkan kuasa 15.82hp @ 8,500 rpm dan tork maksimum 14.7 Nm @ 6,500 rpm. Sebagai perbandingan output ADV 150 adalah 13.8 hp dan tork 14.8Nm. 

Untuk makluman enjin yang digunakan skuter ADV 160 sama dengan model Honda Vario 160 dan PCX 160. 

REKAAN

Sementara itu, keseluruhan panel badan ADV 160 adalah serba baharu, persamaan dengan ADV 150 hanyalah pada lampu depan dan belakang menggunakan ciri LED. Selain itu, ADV 160 didatangkan dengan meter panel digital penuh. 

CIRI PERLATAN TERKINI

Skuter advencer ini begitu sesuai buat mereka yang gemar menunggang jauh dan lasak yang dilengkapi dengan ciri peralatan canggih antaranya:

  • Teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) bagi mengoptimumkan kuasa enjin dan kawalan cengkaman
  • Pelana lebih rendah 780mm dan visor depan boleh laras ketinggian
  • Pengecas USB 5 volt 2.1 A di dalam ruangan simpanan di bahagian depan 
  • Ruang simpanan bawah pelana seluas 30 liter 
  • Kecekapan penggunaan bahan api dengan tawaran Idling Stop System (ISS)
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS) pada bahagian depan yang memberi keyakinan membrek 
  • Sistem kunci pintar bersama sistem penggera
GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here