Kehilangan tiga hari terungkai, ‘solo ride’ berakhir tragedi

1826

Tunggangan solo seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi berakhir tragedi, apabila ditemukan maut dalam semak, selepas tiga hari nahas menimpanya di Kilometer 22, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata siasatan awal mendapati mangsa berumur 46 tahun itu menunggang secara solo menuju ke arah Hentian Titiwangsa, di sini kira-kira jam 11.15 pagi Jumaat lalu.



Mayat mangsa hanya dijumpai pada kira-kira jam 5.30 petang semalam oleh rakan-rakan yang berusaha menjejaki dan mencari mangsa.

Zulkifli berkata, usaha menjejaki mangsa dilakukan beberapa rakan berpandukan laporan polis berkaitan kehilangan yang dibuat bapanya jam 1.58 petang semalam di Balai Polis Kuala Ketil, Kedah.

“Ketika sampai di tempat kejadian iaitu pada Jumaat lalu, motosikal mangsa iaitu jenis Kawasaki Ninja ZX636 dipercayai gagal dikawal, menyebabkan mangsa dan motosikalnya terbabas ke dalam semak berdekatan.

“Rakan-rakan mangsa dapat menjejaki mangsa di tempat kejadian semalam dan memaklumkan kepada polis,” katanya.

Susulan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374 bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here