Ini 5 tawaran istimewa memiliki BMW di Ingress Auto Damansara, satu daripadanya rebat sehingga RM65K!

1350

Sempena sambutan Tahun Baru Cina bulan ini, Ingress Auto Damansara menganjurkan kempen Chinese New Year Weekend Special dengan tawaran yang sangat istimewa.

Ini adalah peluang anda untuk memiliki kereta BMW idaman dengan tawaran hebat yang tidak dapat pada hari lain.



Ini 5 sebab kenapa anda perlu berkunjung Ingress Auto Damansara untuk memiliki BMW pada hujung minggu ini:

1. Kad Touch ’nGo percuma bernilai RM2,888 

Memandangkan banyak semua laluan di Lembah Klang mempunyai palang tol, inilah peluangnya menggunakan laluan berkenaan tanpa rasa terbeban, kerana anda mempunyai baki nilai yang sangat mencukupi!

2.  Baucar BMW Lifestyle bernilai RM2,000

Dengan baucer bernilai RM2,000, anda boleh membeli barangan dagangan rasmi BMW seperti kemeja-t, topi, model diecast dan beg tanpa perlu berfikir panjang untuk memilikinya. 

3.  Bakul eksklusif Tahun Baru Cina 

Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini, bagaikan tidak lengkap menyambut hari yang bermakna itu tanpa hamper. Jadi Ingress Auto, bakal memberi bakul eksklusif Tahun Baru Cina kepada pelanggan yang menempah kenderaan BMW supaya perayaan tahun ini lebih bermakna dan meriah.

4. Rebat sehingga RM65,000

Inilah peluang untuk memiliki kenderaan BMW idaman dengan potongan rebat sehingga RM65,000. Namun, ia bergantung kepada model kenderaan terpilih yang ditawarkan. 

5. Pembiayaan BMW serendah 0.92 peratus

Dengan pembiayaan serendah 0.92 peratus, anda sebenarnya boleh berjimat untuk membayar ansuran yang lebih rendah pada setiap bulan. Mana lagi boleh dapat layanan istimewa seperti ini berbanding jenama lain!

Ada lagi! 

Selain daripada 5 tawaran istimewa itu, pelanggan boleh menjual semula kereta mereka dengan nilai yang terbaik untuk mendapatkan lebih penjimatan bagi memiliki kenderaan baru. 

Ingat! Tawaran itu hanya sah pada pada hujung minggu ini sahaja iaitu 14 dan 15 Januari.  Ayuh jangan lepaskan peluang untuk memiliki kenderaan baharu BMW dengan tawaran yang hebat! 

Di mana lokasi Ingress Auto Damansara ?

Bagi mereka yang tidak tahu tempatnya, Ingress Auto Damansara terletak di alamat 2779 Jalan Damansara, Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur atau layari laman sesawang IngressAuto untuk maklumat lanjut, atau hubungi 03-7721-2288. Tertakluk terma dan syarat. 

Baca juga >> #TahukahAnda: Ini pengalaman pemilikan di Ingress Auto yang ramai tidak tahu

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here