Kenderaan masuk Kelantan dijangka bertambah 15 peratus

447

Kenderaan yang memasuki Kelantan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dijangka bertambah kira-kira 10 hingga 15 peratus berbanding hari biasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pertambahan jumlah kenderaaan itu sudah berlaku sejak Rabu lalu terutamanya melibatkan perantau dari Kuala Lumpur.



Katanya, peningkatan itu dilihat melalui tiga pintu masuk utama ke negeri ini iaitu di Jeli, Gua Musang dan Bukit Abal, Pasir Puteh.

“Sehubungan itu, polis akan memberi tumpuan di lokasi panas termasuk di kawasan Jeli dan kawasan rehat dan rawat (R&R) Gua Musang yang sesak terutamanya pada musim cuti perayaan.

“Setakat ini, sebanyak 54 lokasi rehat dikenal pasti menjadi tempat persinggahan perantau. Jadi, kita harap tempat rehat seperti ini mempunyai pengurusan yang lebih sistematik bagi mengelakkan kesesakan selain memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut menempatkan seramai lebih 300 anggota dan pegawai di kawasan tumpuan.

Menurutnya, sepanjang Op Selamat tahun lalu, sebanyak 363 kes kemalangan dilaporkan dengan 14 kematian dan beliau berharap jumlah kes nahas menurun pada tahun ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here