[Video] Perodua Axia lancar 14 Februari, ini 4 fakta ringkas perlu anda tahu…

1472

Minggu lalu, Perodua mengumumkan tempahan Axia serba baharu dibuka di pasaran tempatan menerusi empat pilihan varian iaitu G, X, SE dan AV.

Sebentar tadi, Motoqar berpeluang pandu uji hatchback kompak tersebut sebelum dilancarkan minggu depan pada 14 Februari.

ENJIN 1.0 LITER 



Perodua Axia serba baharu dibangunkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) bersama enjin 1.0 liter VVT-i 1KR-VE 3-silinder yang menghasilkan kuasa 67hp dan tork 91Nm.

Enjin tersebut tidak didatangkan dengan turbo seperti mana khabar angin sebelum ini. Perodua memperkenalkan transmisi D-CVT yang mana pertama kali diperkenalkan pada Ativa.

Sama seperti Myvi facelift, Dual-Mode CVT itu menggantikan transmisi automatik 4-kelajuan tork converter sebelumnya.

Sekaligus meningkatkan prestasi enjin dan kecekapan bahan api dengan rekod atas kertas 25.3 km/l atau hingga 27.4 km/l dengan Eco Idle auto start-stop system.

CIRI PERALATAN 

@motoqar

Perodua Axia serba baharu.. Tengok luaran dan dalaman generasi kedua #perodua #axia #kompak

♬ original sound – Motoqar – Motoqar

Untuk mengetahui ciri peralatan lengkap yang ditawarkan, tentunya perlu menunggu pada hari pelancaran. Berikut ringkasan antara ciri peralatan yang didatangkan pada Perodua Axia: 

  • Seperti anda lihat pada gambar tersedia mod Power pada stereng Axia yang mana ditawarkan pada varian SE dan AV.
  • Varian SE dan AV juga tampil berbeza yang mana didatangkan dengan lampu nyala siang (DRL) LED dengan bentuk T.  Sementara lampu utama LED adalah standard bagi varian X ke atas.
  • Cermin sisi boleh lipat elektrik ditawarkan pada semua varian tetapi varian SE dan AV boleh lipat secara automatik.
  • Keyless entry standard bagi varian X ke atas.
  • Perodua Axia kini dilengkapi dengan panel meter digital. Varian tertinggi AV menerima panel instrumen TFT bersaiz 7-inci dengan takometer bulatan 3D.
  • Varian AV juga menerima skrin hiburan terapung di tengah papan pemuka bersaiz 9-inci. Skrin audio berkenaan juga memiliki saiz sama dengan Ativa dan paparan grafik juga begitu mirip.
  • Varian lain menerima skrin audio tanpa sentuh.
  • Bagi pemilik varian tertinggi akan menerima kesuri semi bucket di bahagian depan dan perehat kepala berasingan bagi penumpang belakang. Hanya varian AV didatangkan dengan kemasan semi kulit.

RANGKAIAN KESELAMATAN

Ciri keselamatan yang ditawarkan pada Axia tidak mengecewakan yang mana varian tertinggi didatangkan dengan enam beg udara (depan, sisi, langsir) mengalahkan pesaing terdekatnya.

Perodua Smart Drive Assist (PSDA) turut tersedia menerusi Bantuan Keselamatan Termaju  (ASA). Bagaimanapun, masih belum diketahui varian yang akan mendapat ASA. 

Kesemua varian didatangkan standard dengan ciri keselamatan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) bersama Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Kawalan Cengkaman (TRC). 

HARGA

Axia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Granite Grey, Lava Red danCoral Blue (warna baharu).

Anggaran harga bagi generasi kedua Perodua Axia adalah:

  • Varian G: RM38,600
  • Varian X: RM40,000 
  • Varian SE: RM44,000
  • Varian AV: RM49,500 

*Harga sedikit meningkat kerana Perodua menawarkan pertambahan ciri peralatan dan keselamatan berbanding versi sebelumnya.

Versi manual tiada pada model baharu ini, bagaimanapun Perodua mengesahkan bakal menawarkan versi lebih murah selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu sekitar April. 

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here