Utama Berita Automotif Berita Tempatan Padah aksi Superman, zig zag enam lelaki ditahan polis

Padah aksi Superman, zig zag enam lelaki ditahan polis

964
Enam lelaki ditahan polis selepas melakukan aksi ‘Superman‘ semasa Op Samseng Jalanan oleh Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Kedah.
 
Ketika operasi berjalan, polis telah mengekori sekumpulan motosikal dengan aksi merbahaya dan bersaing sesama sendiri.
 
Kumpulan itu juga turut melakukan aksi zig-zag bermula dari KM36.3 sehingga KM34.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara.
 
Aksi-aksi tersebut membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain. Kesemua individu ditahan dibawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu/ Lumba haram.
 
Manakala, semua Motosikal disita dan dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here