81 motosikal disita tiada lesen memandu, pelbagai kesalahan

500

Sebanyak 81 motosikal pelbagai jenis disita dalam Operasi Sepadu Khas Nombor Pendaftaran di Shah Alam, baru-baru ini.

Kesemua motosikal itu disita dibawah Seksyen 64(1) APJ1987 kerana tidak mempunyai lesen memandu kelas B2 dan pelbagai kesalahan lain.

Operasi Khas ini turut dilaksanakan serentak diseluruh negara berikutan rungutan yang diterima dari pelbagai pihak berkaitan ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan jalan raya.



Hasilnya, 285 saman PDRM (K)257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk melibatkan lesen memandu dan 94 saman atas kesalahan nombor pendaftaran.

Manakala, 312 kenderaan dan 341 orang individu telah diperiksa sepanjang operasi itu berjalan.

Operasi ini dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bersama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam dan Balai Polis Sek. 9.

PDRM terus komited menjalankan penguatkuasaan bagi memberikan peringatan dan kesedaran kepada pengguna kenderaan dan menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi peraturan jalanraya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here