Pemilik kereta suka pelekat digital, jimat RM150

566

Rata-rata pengguna yang menggunakan perkhidmatan runner dalam memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka mampu jimat sekitar RM150 setahun apabila aplikasi MyJPJ diper­kenalkan Jumaat lalu.

Hairul Hajeri, 51, berkata, sejak 2018 lagi dia sememangnya menggunakan perkhidmatan ‘orang tengah’ dalam membantu memperbaharui cukai jalan empat kenderaannya setiap tahun.

Setiap tahun saya perlu memperuntukkan RM150 untuk membayar upah runner (orang tengah) bagi membantu hidupkan cukai jalan tiga kereta dan satu motosikal di rumah.



Saya bekerja dan tak sempat untuk ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pejabat pos untuk perbaharui cukai jalan kenderaan, dan dengan adanya khidmat runner, lebih mudah urusan saya,” katanya.

Mengulas mengenai pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan di mana, pengguna jalan raya tidak lagi perlu pamerkan cukai jalan pada cermin hadapan kenderaan termasuk pengguna motosikal, hairul berkata, ia sememangnya telah menjimatkan perbelanjaannya setahun.

Saya hanya perlu muat turun aplikasi MyJPJ dan segala proses nak renew roadtax (perbaharui cukai jalan) boleh dibuat secara online (dalam talian). Saya tak perlu upah runner lagi.

“Lagipun, pelekat cukai jalan kurang berkualiti, dan ada yang boleh memberi kesan kepada cermin kenderaan apabila ia sukar untuk ditanggalkan selepas tamat tempoh,” ujarnya.

Seorang pengguna, Nurul Hidayah Abu Samah, 30, berpendapat, tindakan tidak memaparkan cukai jalan mungkin akan menyebabkan kesesakan ketika sekatan jalan raya.

Pihak berkuasa perlu periksa (cukai jalan) satu persatu kenderaan melalui sistem digital kerana tiada lagi pelekat cukai di cermin hadapan, itu sisi negatif digital nanti,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here