Bugatti Chiron Profilée: Kereta baharu paling mahal di dunia jual secara bidaan, hanya RM46.3 juta!

1146

Kalau baca atau tengok video lelongan kereta yang sangat mahal, selalunya akan terfikir model vintaj atau klasik.

Tetapi bukan yang ini, kerana RM Sotheby’s mencatatkan rekod dunia baru selepas melakukan lelongan terhadap sebuah kereta baharu.



Ia adalah Bugatti Chiron Profilée, yang juga boleh menjadi versi terakhir hypercar yang menampilkan enjin W16 quad-turbo.

Apabila tamat lelongan itu, bidaan tertinggi mencatatkan €9,792,500 (RM46.3 juta). Itu secara rasmi menjadi angka jualan terbesar untuk kenderaan baharu.

Lelongan yang diadakan secara ‘tertutup’ itu, menjemput pembida yang terpilih sahaja. Acara lelongan itu diadakan dalam sebuah bilik dan pembida dilakuakn melalui telefon atau internet sebelum tukul akhirnya jatuh pada jumlah kemenangan yang mengejutkan.

Harga jualan juga meletakkan kereta Bugatti paling berharga dari mana-mana era yang pernah dijual di lelongan sebelum ini.

Walaupun tidak disahkan secara rasmi oleh Bugatti, jenama itu telah membayangkan bahawa ini mungkin yang terakhir bagi siri W16 Chiron.

 

Bugatti Chiron Profilée,menampilkan bentuk luaran yang eksklusif yang dikatakan dapat meningkatkan ‘downforce’ dan menambah baik pengurusan aliran udara.

Bentuknya juga disemak semula termasuk salur udara yang lebih besar di bahagian hadapan, pembahagi hadapan yang direka bentuk semula untuk meningkatkan daya bawah gandar hadapan dan gril ladam yang lebih besar.

Enjin Chiron Profilée mampu menghasilkan 1,476hp, boleh memecut kepada 0-100km/j dalam hanya 2.3 saat dengan kelajuan tertinggi mencecah 380km/j.

Badan kereta diwarnakan Bleu Royal Carbon yang ditempah khas, dengan nampak gentian karbon, manakala rimnya dicat secara unik untuk membezakannya daripada mana-mana Chiron lain.

Profilée sebagai penghormatan kepada satu ciptaan pertama Jean Bugatti Bugatti Type 46 dan Type 50.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here