[Video] Dua mekanik ditahan lumba haram di Lebuhraya DASH

1155

Dua mekanik ditahan selepas berlumba haram di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Shah Alam, semalam. 

Kedua-dua suspek berusia 20 dan 29 tahun ditahan kira-kira jam 11.49 malam sekitar Shah Alam selain merampas dua kereta jenis Proton Satria digunakan mereka.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati perlumbaan itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam melibatkan enam kereta jenis Proton Satria.

Katanya, mereka berlumba dari Plaza Tol Denai Alam sehingga ke Kilometer (km) 0 (susur ke Pulau Angsa) Lebuh Raya DASH.

“Mereka juga berlumba dengan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam.

“Jarak perlumbaan bagi sehala adalah kira-kira dua km,” katanya kepada Kosmo. 

Difahamkan perlumbaan tersebut lebih kepada kepada menguji jentera masing-masing tanpa tawaran sebarang hadiah.

Pihak polis masih lagi mengesan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here