Tayar lori pecah, suami isteri maut Proton Preve langgar pokok

597

Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan lori satu tan di KM38.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata kejadian itu dipercayai berpunca akibat tayar lori tersebut pecah secara tiba-tiba menyebabkan pasangan suami isteri itu maut.

“Hasil siasatan awal mendapati lori berkenaan berada di lorong kiri manakala Proton Preve itu pula di lorong kanan.

“Namun secara tiba-tiba, tayar belakang sebelah kiri lori itu pecah menyebabkannya hilang kawalan hingga berlanggar dengan Proton Preve tersebut.

“Susulan itu, kereta Proton Preve itu terbabas ke kiri lalu melanggar pokok,” katanya menambah pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian sekitar jam 6.29 petang.

Jom Baca:   Azad Jasmi: Insiden Nissan Skyline GTT R34, jangan main tekan kalau tak biasa pandu jentera kuasa tinggi

Ahmad Shukri berkata, pemandu kereta seorang wanita berusia 31 tahun manakala penumpang lelaki berumur 35 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Beliau berkata, pemandu lori itu turut mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan.

Jenazah kedua-dua mangsa turut dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata, kedua-dua mangsa yang maut didapati tersepit dalam kereta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here