Pemandu Proton Waja maut tersepit belakang lori

536

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya seorang diri melanggar belakang sebuah lori di KM1.5 Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, George Town, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.19 pagi itu, mangsa, S.Vitra Stevan, 44, disahkan maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Waja.



Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Israhanafi Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas penyelamatan dan selesai pada pukul 4.51 pagi namun disahkan maut,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.04 pagi tadi. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here