Tabur paku di jalan, pelaku di bawah pengaruh dadah tiada kaitan tunda kereta

273

Polis menafikan pelaku yang menabur paku di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut di Pusing, Ipoh, baru-baru ini mempunyai kaitan dengan mempunyai kaitan dengan aktiviti menunda kenderaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebaliknya perbuatan khianat yang dilakukan suspek berusia 45 tahun itu kerana di bawah pengaruh dadah.

“Motif pelaku hanya kerana dia di bawah pengaruh dadah susulan hasil ujian air kencing mendapati dia positif.



“Dia bukan seorang mekanik, bukan juga bersekongkol dengan ‘geng’ tarik kereta. Dia seperti (kelihatan) ‘psiko’ sedikit kerana pengaruh narkotik,” katanya.

Katanya, penahanan suspek bererti kes itu sudah selesai.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif dilapor berkata, pihaknya menjejaki suspek selepas mengesan video tular berdurasi 24 saat.

Beliau mengesahkan turut menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengguna jalan raya yang mengalami tayar bocor selepas melalui kawasan itu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here