Utama Berita Automotif JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand

JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand

514
Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi perhatian terhadap kemasukan kenderaan bercermin gelap sepenuhnya dari luar negara terutama Thailand.
 
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kemasukan kenderaan sebegitu memberi masalah kepada negara dan perlu ada penguatkuasaan untuk mengehadkannya.
 
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa ketika menjawab soalan berkaitan itu yang dibangkitkan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN – Arau).
 
“Ada kenderaan-kenderaan Thailand, satu kenderaan cermin gelap. Memang jadi masalah kepada kita.
 
“Saya setuju dengan Arau, perlu ada penguatkuasaan dan saya akan minta JPJ untuk beri perhatian lebih untuk mengehadkan kenderaan ini masuk ke dalam negara kita.
 
“Sebab kalau kita nak masuk ke Brunei, umpamanya, memang ada syarat ketat kalau kenderaan dari Sarawak nak masuk ke Brunei. Kalau ada cermin gelap, memang sukar untuk melepasi sempadan,” katanya.
 
Tambah beliau, isu tersebut merupakan perkara yang perlu diberi tumpuan terutamanya dalam usaha mengetatkan kawalan keselamatan sempadan negara.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here