Utama Berita Automotif Seorang maut, sembilan cedera motosikal berlanggar sesama sendiri

[Video] Seorang maut, sembilan cedera motosikal berlanggar sesama sendiri

538
Seorang penunggang motosikal maut manakala sembilan cedera selepas berlanggar sesama sendiri dalam kemalangan melibatkan 10 buah motosikal di KM26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah Seremban, Nilai.
 
Kejadian jam 11.30 malam itu menyebabkan mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malek Hasim berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan berlaku ketika kesemua penunggang yang terlibat bergerak dari arah Nilai menuju ke Seremban.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, salah sebuah motosikal dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas dan berlanggar sesama sendiri.
 
“Seorang penunggang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penunggang cedera parah dan empat penunggang lain mengalami cedera ringan,” katanya.
 
Menurutnya, kesemua mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk menerima rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Zarina Ariffin di talian 013-8238336.
 
Sementara itu, video berkenaan kejadian itu turut tular di laman sosial yang memaparkan beberapa mangsa yang cedera terbaring di atas jalan raya.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here