Tayar pecah, dua beranak maut dalam kemalangan

436

Dua beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan diKM276.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke Selatan dekat Nilai, Serembam, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata pemandu Perodua Kancil maut di lokasi dalam kejadian 11.30 malam itu manakala  bayi lelakinya maut pada jam 7.40 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).



“Isteri mangsa berusia 27 tahun dam seorang lagi anak mereka berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah. 

“Kemalangan berlaku melibatkan sebuah Perodua Kancil dinaiki empat beranak itu dan dua buah Perodua Myvi,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati Perodua Kancil itu dari Kajang menuju ke Melaka kemudian apabila tayar kenderaan tersebut disyaki pecah di lokasi kejadian menyebabkan kereta hilang kawalan.

 “Perodua Kancil itu melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan jalan.

“Pada masa yang sama sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan melanggar Perodua Kancil tersebut dan sebuah lagi Perodua Myvi yang berada di lorong kedua,” katanya.

Menurut Abdul Malik, kemalangan menyebabkan dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil maut iaitu bapa dan bayi lelakinya manakala isteri dan seorang lagi anak mereka berusia lima tahun cedera parah.

“Tiga pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke HTJS dan Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa yang maut dibawa ke HTJS bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Nor Fadzilah Mohd. Zainuddin di talian 019-4611794

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here