EMOS buka tempahan Kawasaki ZX-25R, lancar awal September….

1894

EMOS, pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia kini membuka tempahan bagi sportbike Kawasaki ZX-25R yang sekian lama dinantikan.

Oktober lalu, EMOS mempamerkan dua unit sportbike Kawasaki ZX-25R ABS SE yang merupakan versi Thailand sempena GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.



Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Roslan Roskan berkata pelancaran model itu akan dilakukan pada suku ketiga dan kami sedia untuk memperkenalkan ZX-25R pada awal September atau hujung bulan ini.

“Anda boleh lakukan pra tempahan di semua wakil jualan sah, kami pastikan produk ini melalui pemeriksaan kualiti dan mendapat pengesahan daripada pasukan Jepun. 

“Kami dah ada stok di kilang dan perlu melalui proses pengesahan dokumen dan pemeriksaan sebelum lancar di pasaran.

Kawasaki Ninja ZX25R Inline Four

“Harga pula kompetitif dan mampu milik, kita berikan yang terbaik untuk pasaran Malaysia. Harga kami tidak boleh dedah mestilah mahal sikit daripada Ninja 250,” katanya. 

EMOS bakal memperkenalkan dua varian iaitu Kawasaki ZX-25R SE dan ZX-25RR. Soal harga, kemungkinan sportbike suku liter tersebut akan dijual sekitar RM32,000. 

Tahun lalu, Roslan menyatakan harga jualan ZX-25R tidak jauh berbeza dengan model Ninja 250 yang mana penambahan kira-kira RM10,000.

Kawasaki ZX-25R pasaran Malaysia difahamkan akan mendapat versi terkini daripada pasaran negara jiran.

ZX-25R (2024) pasaran negara jiran itu menggunakan enjin 249.8cc penyejukan cecair inline four yang mana menghasilkan kuasa ang mana menghasilkan 51hp @ 15,500 rpm dan tork maksimum 22.9Nm @ 14,500 rpm.

ZX-25R pula Thailand didatangkan dengan enjin sesaran 249.8cc DOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 45.3hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500Nm bersama transmisi 6-kelajuan.

Sebagai rujukan di Indonesia,  ZX-25R ABS SE (2024) dijual pada harga  Rp125.7 juta (RM38,910) manakala Ninja ZX-25RR pula berharga Rp132 juta (RM40,860).

Kawasaki Ninja 250 ABS

Sementara itu, EMOS turut memperkenalkan warna baharu untuk Ninja 250 ABS .Tiada perubahan mekanika yang dilakukan pada spesifikasi. Model itu dijual bermula RM21,800

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here