Lamborghini Countach ‘The Wolf of Wall Street’ akan dilelong, nilai RM9 juta

210

Lamborghini Countach edisi ulangtahun ke-25 yang bakal dilelong pada 8 Disember depan ini merupakan supercar yang digunakan dalam filem The Wolf of Wall Street.

Pengarah filem menggunakan dua buah supercar yang mana sebuah dihancurkan manakala sebuah lagi akan dilelong pada acara RM Sotheby’s Luxury Week Auction.



Nilai supercar itu dianggarkan USD 2 juta (RM9.1 juta). Pengeluar Itali itu hanya mengeluarkan 650 unit Countach edisi ulangtahun ke-25 yang mana 23 unit daripadanya dikeluarkan dalam warna Bianco Polo seperti yang digunakan dalam filem tersebut.

Horacio Pagani, yang kemudiannya mengasaskan Pagani Automobili melakukan kemas kini penampilan supercar itu menerusi naiktaraf  bampar depan dan belakang serta saluran masuk udara di belakang pintu.

Bagaimanapun, rekaan tersebut menimbulkan kontroversi yang mana ramai pengkritik menganggap Lamborghini mengambil rekaan daripada Ferrari Testarossa.

Pembangunan Countach bagi menggantikan Miura itu mampu memecut daripada 0-100kmj dalam tempoh 4.7 saat dengan kelajuan maksimum 295kmj.

Ia dijana enjin 5.2-liter DOHC V12 empat injap setiap silinder yang menghasilkan kuasa 449hp dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Dalam The Wolf of Wall Street, Lamborghini Countach dengan casis KLA12722 itu memainkan peranan penting dalam adegan Jordan Belfort dimainkan oleh Leonardo DiCaprio.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here