Dua individu ditahan robohkan Tembok Besar China untuk bina jalan pintas

574

Sebahagian daripada Tembok Besar China rosak teruk apabila pekerja pembinaan di wilayah tengah Shanxi merobohkannya menggunakan jengkaut. 

Polis berkata dua individu berkenaan disyaki membuat jalan pintas bagi kerja pembinaan mereka dan ditahan bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 38 tahun dan wanita berusia 55 tahun itu bekerja berhampiran kawasan terjejas, Tembok Besar China ke-32.



Mereka merobohkan Tembok Besar yang sedia ada supaya jengkaut boleh melaluinya dan bagi mengurangkan jarak perjalanan. Polis juga menegaskan kerosakan tersebut tidak dapat dipulihkan semula. 

Pegawai polis menerima laporan tentang terdapat luang besar di dinding Tembok Besar berkenaan pada 24 Ogos.

Terletak di daerah Youyu, Tembok Besar ke-32 adalah bahagian Tembok Besar Ming dan dikategorikan sebagai tapak bersejarah dan budaya yang dilindungi di peringkat wilayah.

Laporan pada 2016 oleh akhbar Beijing Times mencadangkan lebih daripada 30 peratus Tembok Besar Ming telah hilang sepenuhnya, dengan hanya 8 peratus daripadanya dianggap terpelihara dengan baik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here