Mitsubishi Delica Mini x Coleman, kei car ideal buat kaki outdoor

841

Mitsubishi mempamerkan pelbagai model konsep di Tokyo Auto Salon termasuklah Delica Mini x Coleman pada Januari 2023.

Meskipun binaan sedemikian biasanya dipamerkan di lantai pameran, pengedar kereta tersebut menawarkan versi sama sebagai pilihan Delica Mini pengeluaran. 



Mitsubishi memutuskan mengeluarkan versi tersebut kerana ramai pelanggan yang tertarik dengan konsep Delica Mini x Coleman. Coleman merupakan jenama peralatan outdoor dan perkhemahan. 

Warna badan greige (kelabu dan kuning air) dipadankan dengan imej lantera pada bahagian pintu. Kemudian, logo Coleman disematkan pada tiang D.

Sayangnya, konsep rak bumbung, tayar A/T, pelindung lumpur, madgad lumpur, dan aksesori khemah lainnya tidak termasuk dalam pakej.

Versi model konsep (kanan)

Walaupun semua kemasan badan mirip Delica Mini, Mitsubishi mencadangkan pemilik menggabungkan kombinasi dua warna mika hitam. Ini kerana warna asli akan terlihat pada bahagian badan tertentu.

Selain itu, pengeluar kereta Jepun itu juga mencadangkan kemasan hitam berkilat pada pelindung dinamik, gril, dan hiasan pintu belakang, ditambah lencana berwarna putih untuk meniru penampilan kereta pelancaran. 

Harga khidmat balutan adalah adalah JYP761,200 (RM24,285) untuk kereta baharu dan JYP822,800  (RM26, 250) bagi pemilik sedia ada.

Sementara, peralatan Dynamic Shield, gril depan dan pendakap belakang warna hitam kilat boleh didapati pada harga JYP75,570 (RM2,411).

Mitsubishi memberi contoh Delica Mini T Premium warna Black Mica dengan pakej balutan dijual pada harga JYP 3,109,040 (RM99,191).

Ketersediaan akan terhad kepada pasaran Jepun antara 9 September dan 31 Mac. Delica Mini dijual daripada JYP 1,881,000 (RM60,011) hingga JYP 2,238,500 (RM71,417). 

Mitsubishi Delica Mini dengan panjang 3, 395mm dilancarkan di Jepun pada April lalu yang bersaing dengan Daihatsu Tanto FunCross dan Suzuki Hustler. 

Ia dijana oleh enjin 658cc 3-silinder yang menghasilkan kuasa 63hp dengan turbo dan tambahan 3hp didatangkan daripada motor elektrik dan pilihan sistem 4WD. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here